Friday, July 30, 2010



Kawan2 nak order muffin? Murah je harganya..sesuai utk bagi gift pada kawan2..sedara mara bila berkunjung raya nanti..wah..perancangan jangka panjang nampaknya..hehehe

Tuesday, July 27, 2010



Yeay..berjaya membuat blueberry cheese tart..remeh juga nak buat..tapi puas sebab ada la jugak rupa nya kan..haha..tapi untuk jual..belum lagi kut..sebab rupanya tak berapa kemas..walaupun dah sedap..hehe..tp kena usaha lagi supaya nampak lebih kemas..

Resepi ni amik dr fb kongsi resepi..oleh Ainul Fitri..thanksss alot..

Ni copy paste resepi nya utk sapa2 yg nak cuba buat..insyaAllah menjadi!

Bahan-bahan ( 50 biji utk small size acuan tart)
• Bahan untuk Sweet Pastry:-
• 125 gm mentega / margerin
• 60 gm gula aising
• 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
• 240 gm tepung gandum

• Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
• 250 gm cream cheese
• 50 gm gula aising
• 20 gm mentega (lembutkan)
• 1/2 sudu besar perahan lemon
• 1 biji telur (gred B)
• Blueberry pie filling
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

Semalam shopping few things utk eksperimen buat oreo cheesecake and blueberry cheese tart..Hasilnya..tunggu..masih blum ada kesempatan utk buat..

Juga membeli transparent box, board and few ingredients utk buat kek ordered by my friend..nak balik fr Kuching Sabtu ni..

My first time trying this new recipe..dan terus menjadi..Hooray..Easy to prepare..and yummy...Sesuai utk buat bekal picnic, as gifts to friends and family, anak-anak bawa bekal gi sekolah..dan mcm2 lagi la.

Order? Boleyyy...Send me a message k :)

Nama kek tu main letak je..tapi memang la ada cadbury grated kat atas topping kek tu..Request dr akak khas utk birthday suaminya..

Kawan-kawan mau order pun boleh juga..Inform saja





Choc moist cake dlm cupcake haha..saje guna cup yg mcm ni..sebab geram, rambang mata and suka tgk mcm2 corak cupnya kat kedai..pastu isinya pun lebih byk..ngap sebiji pun kenyang..

Kawan-kawan nk order pun boleh saja..murah je...nk request cup yg biasa pun boleh juga :)

Monday, July 26, 2010





Inilah hasil cupcake deco blaja di Arau..Kak Najah conduct..puas and enjoy sebab dapat tau mcm2 dari resepi buat kek, buttercream and choc ganache, cara2 utk deco kek and tools & ingredients yg digunakan and beli kat mana..

Lepas ni dah boleh practice and boleh la buat biz kecil-kecilan utk isi masa lapang..kalo takde nk order pun..family je lah yang ngappp hehe

1st time cuba buat pizza..alhamdulillah..menjadi juga :) ..anak-anak sedara suka makan..resepi dohnya menuntut dari fb Kongsi resepi...mmg lubuk resepi lah kat ctu..thanks byk2 sbb sudi share resepi..


Wah..ada blog dah sekarang ni..blh la nak share dgn kawan2 tentang 'kegilaan' terbaru ku sejak menunggu encik posting yg tak tiba2: Memasak kek, mencuba resepi2 baru..And of course lah mengembangkan badan hehehe
 

Copyright 2010 Fae's Little Oven.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.