Thursday, December 16, 2010


Rasanya..tart ini dan choc moist cake lah yg paling kerap dibuat..Kali ni, coraknya lain sikit..tapi nampak menarik la sikit kan..dan mudah je utk dibuat. Cuma yg letihnya, nk bentukkan sweet pastry tu..then smp dua kali kena masuk oven..aduh..Tapi, nak ngapnya pulak..senanggg jek.. :)
Baked pasta

Wow..siap ada echo lagi..nampak sgt lah dah berkurun blog ni tak ber'update' hahaha...
Orait..meh kita refresh semula blog ni, dgn hasil percubaan yg kdg2 menjadik, kdg2 tidak..janji boleh kenyang..sudah laaa..

Percubaan kali ni..Baked Pasta..resepi refer dr sini dan adalah modify sikit2..dilebihkan dan dikurangkan..

Tuesday, September 7, 2010


Chocolate ball anyone? Saja mencuba buat resepi mudah ni..nak tahu jugak mcmn rasanya. Tapi sebenarnya rasa mcm kek coklat biasa..cuma bentuk nya je yang bulat. And padat jugak..so mkn sebijik pun dah kenyang..sebenarnya size yg buat ni, agak besar..mybe kalo ada permintaan, nx time kena buat kecil dan comel..bite size..so tak la muak sgt nak makan.

Resepinya sgt simple, ready made choc cake, cooking choc, ground almond and choc rice...kalo ada raspberry ke, cherry ke nak tambah..pun okey..:)

Saturday, August 21, 2010

Adunan merah kat bahagian tengah terlebih pulak :P
Tu sebab lah bhg tengah kek ni lebih warna merah bila dah potong. Selain dari itu..coraknya menjadi dan rasanya sedap!! =D>

Saja mencuba resepi kek yg paling basic..mana tau..lepas2 ni nak buat kek yg mudah dan cepat..dah ada resepi dlm kitab memasak ku! Hoye! Belang2 tu pun first time cuba lepas buat byk reference dlm FB Kongsi Resepi..alhamdulillah..ada la jugak rupanya..hehe..

Thanks pada yang memberi tunjuk ajar langkah demi langkah.

Ini resepinya, diambil daripada FB Kongsi Resepi (Nuralashikin Othman)
Selamat mencuba /please

KEK PELANGI• Kongsi resepi



250gm mentega/marjerin

220gm tepung naik sendiri/220gm tepung gandum + 1sdt baking powder

200gm gula castor

4 biji telur gred A

5sdm air susu (susu cair/ bancuhan susu tepung)

1sdt esen vanila

pewarna (ikut suka)

Griskan acuan, panaskan oven 180'c
, pukul mentega dan gula dgn kelajuan sederhana sehingga betul2 kembang dan gebu.

Perlahankan kelajuan masukkan telur 1/1. Pukul sebati. Masukkan tepung yang dah diayak selang selikan dengan air susu. Masukkan esen vanila.
Bahagikan sama banyak dan warnakan..


Teknik membuatnya
Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokkan di atasnya. . Ulangi proses ini hingga habis.
Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam (40-50min pun dah ok, bergantung pada oven masing2 ye)

This video is very useful as reference on how to bake choc chip cookies..You can find more cool videos by visiting startcooking.com

Enjoy!!


Friday, August 20, 2010


Yeah..arini buat choc chip cookies..ala-ala Famous Amos cookies, my favourite..my ex boss pun tau kegemaran ku sampai bagi hadiah setimba Famous Amos choc chip sebagai hadiah perpisahan masa my boss belanja 1 dept lunch@Putra Palace Hotel, on June 2009..thanks Puan Harlina!! /blush

My boss (tudung hitam, same as me), ex-officemates and timba :D | Corporate Comm. Dept. CIMA

Resepinya dapat dari pelbagai source from internet..hanya taip resepi choc chip ala famous amos dan..tadaaa..copypaste je lah..Salah satu resepinya bolehlah kawan2 tengok kat bawah nie..Sukatan di bawah ni ikut resepi asal, tapi rasa mcm byk, so bahagikan jadi separuh..itupun masih banyak jugak!! (Agaknya lepas ni kena bahagi 4 pulak kot..:) )


Choc Chip Cookies

2 cups butter

4 cups flour

2 tsp. baking soda

2 cups granulated sugar | utk separuh adunan, jadikan 1/2 or 3/4 cawan pun ok dah..sebab agak manis nanti

2 cups brown sugar

5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)| ganti dgn nestum

24 oz. chocolate chips | boleh kurangkan

1 tsp. salt

18 oz. Cadbury bar (grated) | kurang pun takpe

4 eggs

2 tsp. baking powder

3 cups chopped nuts (your choice) | I used hazelnut

2 tsp. vanilla

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet. Bake for 10 minutes at 375 degrees/170.

• POST MORTEM
| Lepas ni guna tepung gandum saja n bukan tepung naik sendiri..Ni kes nak perabih stok la tuu..
| Jgn terlebih kacau adunan tu.
| Adunan ni agak lembik. Jgn panik sampai p tambah tepung pulak..nanti keras berdentum..Guna sudu utk letak pada baking tray.
| Lepas buat sikit reference dlm internet, untuk mengatasi adunan yang lembik tu, masukkan dalam fridge utk 20-30min..hurmm tak pasti la btul atau tak..tapi mungkin boleh cuba lepas ni....sebab jenuh jugak nak jadikan bentuk cookie yg seragam bila menyudu tu..lenguh la jugak tgn nie
Sian laaa hai..anak menakan/model Fae's Little Oven cedera..kena jahit sebab jatuh tangga..Alhamdulillah tak de apa2 yang tidak diingini..nauzubillah..Besoknya mcm biasa je berlari..mmg lasak walaupun tecit (model ku sebut gini :)) Ni pun tgh khusyuk dok main computer game dgn abgnya sementara tunggu waktu berbuka puasa.

Tuesday, August 17, 2010

/hihi Rasanya belum terlambat lagi kan nak wish selamat berpuasa kepada kawan-kawan..Semoga ibadat kita lebih baik dari yang lepas-lepas..

Hurmm...nampaknya..sejak 1 Ramadhan, my little oven tak berasap lah..hehe..cian dia..takpe2..kasik dia rehat..ye la, bila bulan puasa, kek2 ni tak berapa nak laku sgt..bila berbuka pun, mesti nak makan nasik, kurma, kuih-kuih tradisional, etc..

Apapun, dah buat list ni..planning nak try cuba resepi2 yang jumpa dalam internet..kalo ok, boleh la buat utk jamu tetamu masa Hari Raya nanti.

FLO's cooking n baking plan:
• kek pelangi
• roti jala
• cupcake - new recipe
• scones
• donat
• roti bun biasa

Sunday, August 8, 2010


Lepas magrib td kena p pasaraya C-Mart tercinta sebab my sis mtk tlg buat express grocery shopping..haaa.Changlun dah maju..ingat lagi zaman study kat UUM dulu..yang boleh dibanggakan pun Mall kat dlm UUM and City Point kat Alor Star sinun. And PMC...hahaha..apakah PMC??

Masa belum bawak sang kancil tak silap masa b4 sem 4 or 5..kenalah beramai2 berebut tunggu bas UUM or bas HBR yang ke Alor Star. Kalo ramai student yang keluar serentak, alamatnya terpaksalah berdiri aje sepanjang perjalanan Sintok-Alor..hoho pengalaman..dating zaman dulu pun dalam bas jelah..:p

Tapi heran, kenapa Jitra tak berapa jadi port kitrg dulu eh? Maybe biasa2 je dulu..tapi skrg, dah ada cinema, bowling centre..secret recipe pun ada dah..

Anyway..back to topic..Ikhwan jd peneman ke sana. hayoo sangat lah ramainya orang..apalah nasib, parking keta yg terdekat pun full..terpaksa park kat luar..hujan plak renyai2 di bandaraya Changlun..Masuk dlm C-Mart, trolley pulak habis..terpaksa la amik bakul..gila ah byk brg nak angkut nie..terpaksa mintak tlg ikhwan pegang few things utk meringankan beban..

Then masa nak bayar..oh man..panjangnyeeee queue..

Dah menapak bawak barang-barang dlm plastic bag masuk dlm keta..tepuk dahi..aduhh...yang paling penting..susu baby Irfan lupa nak beliiii...padahal ada je tulis dlm list..hayooooo

Masuklah semula ke dalam C-Mart tercinta..huuuuu

Ok lah kawan-kawan..jz nak share few tips for grocery shopping:

Always go with a list. Takdelah terkial-kial and buang masa ronda setiap rak.
Don’t go when you’re hungry. Yang ini setuju jugak..Kalo perut kenyang kurang sikit nafsu nak beli mcm2.
Keep a list on your fridge, and write things down immediately.
Buy in bulk when it makes sense.
Look for specials. Every store has specials. Be sure to look for them in the newspaper, or when you get to the store. Don’t buy them unless they’re things you always use.
Go when the kids are in school. Yg ini sgt setuju..sebab jenuh nak melayan kehendak..sorang nak chipsmore, sorang nak calci-yum, sorang nak tgk Barbie doll..

Saturday, August 7, 2010


Dah lama tak buat jemput-jemput bawang..buat je la nanti teringat-ingat pulak masa berpuasa nanti..quick and simple. Letak isi bawang and daun sup sebab nak ganti daun kucai..pastu letak sikit sos cili supaya ada rasa pedas-pedas sikit..saiznya pun kecil-kecil..supaya sekali ngap je masuk mulut..

My sis cakap, kalo org tua..lebih suka yang tak berapa garing..lembut sikit..bak kata my atok.."tak larat nak pepak.." heheh..yo lahh..gigi dah tak berapa nak ada..
Sudah tukar new look....to reflect:

starting of new life • ketibaan Ramadhan • melupakan kisah sedih • fresh look • pix nmpak lebih menonjol....any reason pun boleh

All right..time to sleep now..
seminggu tanpanya..
thx to Aiza, Mariam..
for being there for me..

Friday, August 6, 2010

Post kali ni tak melibatkan kek or muffin..heee...Masa tgh surf internet..terjumpa blog ni: http://cikxxx.blogspot.com ..and ada satu post yang agak menarik...eh..memang menarik la..Ini pendapat dia sendiri tentang kawan lelaki, scandal dan kekasih..tersenyum sendiri je bila baca pendapat cik xxx nie sebab..ada betulnya juga..tapi ada juga ayat2 penulis ni yg mcm memberi peringatan, especially pada lelaki yg tak berapa nak menghargai perempuan..

Apapun, kawan2 nilai lah sendiri ye..klik link kat bawah nie

"Perbezaan antara Kawan Lelaki, Scandal dan Kekasih by Cikxxx

Thursday, August 5, 2010


Sebagai terapi pengubat kesedihan dan kedukaan...cuba-cuba buat oreo cheesecake..tapi sebab mcm tak cukup biskut oreo, so tambah sikitla stok biskut cap pingpong yang ada kat dapur ni..Acuan pun besar..so rendah aje lah ketinggian cheese di atasnya..ok la tu kan..byk2 nanti boleh muak..

Tuesday, August 3, 2010

Fae oh fae..
kuatkan semangat..
tabahkan hati..
sibukkan diri..
semoga semuanya kembali berseri..
Pizza lagi..kalini buat utk menghabiskan baki-baki cheese yang tinggal dlm fridge..and setengah packet yis..sebelum ramadhan..nanti bulan posa nanti dah tak berapa laku sgt kan..
Utk kali ni, dapat buat 4 keping pizza..haha puas la anak-anak menakan ku makan..
And..buat pizza ini jugak..sebagai pengubat kerinduan..ada org yang minta pizza..tapi maaflah..jauh sgt nak kirimnya..huhu..sedih2..malas nak pk dah. nanti sebak lagi..

Friday, July 30, 2010



Kawan2 nak order muffin? Murah je harganya..sesuai utk bagi gift pada kawan2..sedara mara bila berkunjung raya nanti..wah..perancangan jangka panjang nampaknya..hehehe

Tuesday, July 27, 2010



Yeay..berjaya membuat blueberry cheese tart..remeh juga nak buat..tapi puas sebab ada la jugak rupa nya kan..haha..tapi untuk jual..belum lagi kut..sebab rupanya tak berapa kemas..walaupun dah sedap..hehe..tp kena usaha lagi supaya nampak lebih kemas..

Resepi ni amik dr fb kongsi resepi..oleh Ainul Fitri..thanksss alot..

Ni copy paste resepi nya utk sapa2 yg nak cuba buat..insyaAllah menjadi!

Bahan-bahan ( 50 biji utk small size acuan tart)
• Bahan untuk Sweet Pastry:-
• 125 gm mentega / margerin
• 60 gm gula aising
• 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
• 240 gm tepung gandum

• Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
• 250 gm cream cheese
• 50 gm gula aising
• 20 gm mentega (lembutkan)
• 1/2 sudu besar perahan lemon
• 1 biji telur (gred B)
• Blueberry pie filling
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

Semalam shopping few things utk eksperimen buat oreo cheesecake and blueberry cheese tart..Hasilnya..tunggu..masih blum ada kesempatan utk buat..

Juga membeli transparent box, board and few ingredients utk buat kek ordered by my friend..nak balik fr Kuching Sabtu ni..

My first time trying this new recipe..dan terus menjadi..Hooray..Easy to prepare..and yummy...Sesuai utk buat bekal picnic, as gifts to friends and family, anak-anak bawa bekal gi sekolah..dan mcm2 lagi la.

Order? Boleyyy...Send me a message k :)

Nama kek tu main letak je..tapi memang la ada cadbury grated kat atas topping kek tu..Request dr akak khas utk birthday suaminya..

Kawan-kawan mau order pun boleh juga..Inform saja





Choc moist cake dlm cupcake haha..saje guna cup yg mcm ni..sebab geram, rambang mata and suka tgk mcm2 corak cupnya kat kedai..pastu isinya pun lebih byk..ngap sebiji pun kenyang..

Kawan-kawan nk order pun boleh saja..murah je...nk request cup yg biasa pun boleh juga :)

Monday, July 26, 2010





Inilah hasil cupcake deco blaja di Arau..Kak Najah conduct..puas and enjoy sebab dapat tau mcm2 dari resepi buat kek, buttercream and choc ganache, cara2 utk deco kek and tools & ingredients yg digunakan and beli kat mana..

Lepas ni dah boleh practice and boleh la buat biz kecil-kecilan utk isi masa lapang..kalo takde nk order pun..family je lah yang ngappp hehe

1st time cuba buat pizza..alhamdulillah..menjadi juga :) ..anak-anak sedara suka makan..resepi dohnya menuntut dari fb Kongsi resepi...mmg lubuk resepi lah kat ctu..thanks byk2 sbb sudi share resepi..


Wah..ada blog dah sekarang ni..blh la nak share dgn kawan2 tentang 'kegilaan' terbaru ku sejak menunggu encik posting yg tak tiba2: Memasak kek, mencuba resepi2 baru..And of course lah mengembangkan badan hehehe
 

Copyright 2010 Fae's Little Oven.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.